hello, selamat pagi. lama sudah tidak menulis di sini, rindu tapi sekarang i super buzy all, tapi rasa rindu selalu ada, bila kita makin besar (bukan badan ya! hu3) maka pakaian ala-ala pak cik kaya ni kena lah kita pakai, ya, i faham, susah ya nak terima hakikat yang kertu (tua) mengejar kita, kawan-kawan pun dah banyak kawin, beranak-pinak, yang i masih syukur sebab belum ada cerai-berai je. ho3
model di atas i rasa for real ya, kalau nak tengok fesyen macam tu di persilakan pergi ke sekolah menengah sebab berdozen budak dress up macam ni...ke korang pun sama juga tak dulu-dulu?
ok, lupakan kisah lalu, yang penting terus pergi ke tempat kerja dengan imej baru, imej kita, peribadi kita! kalau i jadi menteri fesyen itulah slogan nya, ingan semua, jangan lupa tulis tu dalam karangan korang, LOL jangan ulangi kesalahan kat bawah ok, enjoys!
1.seluar yang terlalu pendek
ukuran labuh yang ideal adalah kaki seluar dapat menutup stokin kita dan juga belakan kasut kita, labuh macam kita pakai jeans pun tak elok juga, nak tahu sama ada seluar itu sesuai atau tidak dengan kita senang saja. masa di kedai tu korang pakai dan duduk atas kerusi, kalau seluar dibawah buku lali korang, maknanya seluar tu labuh, kalau di atas buku lali kira ok dah, cun! kalau sampai pergelanagn kaki tu makna nya tak ok...simple jerk! bercakap pasal kaki seluar teringat zaman i form 2 dulu, sekolah petang hari, seluar trend yang perempuan labuh sampai kuning hujung kain diaorang, yang lelaki kaki besar, i pun sama, bila fikir tak tidur malam jadinya... tahun 2002
2. pakaian terlalu besar
kita sebagai manusia yang beriman, atau juga tidak beriman kena sedar pada era dan zaman manakah kita berada, hello ini bukan zaman 1997! rasa diaorang yang hidup pada zaman tu pun bila tengok gambar diaorang masa tu mesti menyesal dan rasa sadis! ha3, so kenapa kena pakai baju yang macam tu? ada hantu fesyen 90-an rasuk ke? tak salah pinjam baju, tapi agak-agak lah...ho3
3. stokin yang tidak padan
bagi lelaki, asal boleh je mesti pakai, contohnya, suit hitam, kemeja dalam putih, kasut hitam dan tali leher merah, WOW! perfect, tengok kat stokin warna kuning, WHAT the hell? ha3. tips yang senang bagi yang pemalas nak mix and match tu senang je, beli warna yang selamat, hitam, putih and kelabu, kalau pakai sebelah lain dan sebelah lain pun tak nampak sangat. mungkin ada orang anggap ia normal, tapi di mata halus orang yang teliti sikap pemalas korang tu nampak sangat, i senang je, semua stoikin hitam, yang ada warna-warna pakai masa hang out dengan kawan je, kalau agak silap match pun bukan diaorang kisah! ha3
4. terlalu banyak warna
wahai manusia, untuk pakaian formal, warna mesti tidak lebih dari 3 sahaja, ini bukan nak pergi 1st avenue... kalau dah ala-ala penyayi dangdut baik tobat lahum saja, penampilan dengan suit harus nampak profesional dan matang dan bukannya nampak macam budak-budak, ya, kita masih boleh bermain dengan warna tapi jangan keterlaluan, contoh kita memakai suit biru tua, memakai bleser putih dan baju putih, cukup nampak stylo, cuma kalau di tambah eksesori macam gelang merah, ada lencana...rasa macam tak ok sangat...
5. belt tidak sesuai
i tak nak ulas panjang, korang boleh ke link sebelah untuk huraian panjang dan lengkap click sini i telah tulis tenga matching kan belt dengan pakaian formal sebelum menulis tentang isu ini
6. tali leher
ya, mungkin pada sesetengah orang ia tidak penting, tapi tali leher adalah item termahal di badan anda semasa anda menggayakan suit sebab? ia akan menyerlah dahulu apabila di lihat orang lain, tips paling selamat adalah jangan terlalu berani mencuba apabila korang nak ke pejabat, untuk majlis lain yes u can! tapi kalau nak ke pejabat tu biar nampak biasa, macam orang nak kerja
ok, selamat hari jumaat, doakan kejayaan i macam i doakan u all...mula kan ahad/isnin nanti dengan hebat ok? see ya
by :

Merkur 37C Long Handle Safety Razor, Chrome Finish
ReplyDeleteMerkur 37C 메리트 카지노 주소 Long Handle Safety Razor, Chrome Finish. Merkur Merkur 37C Classic Chrome Long Handle Safety 메리트 카지노 Razor, งานออนไลน์ Chrome Finish - German. The Merkur