post kali ni jom kita cakap pasal kaut pula. penting sangat kasut untuk semua, semua boleh pilih untuk jadi stylo atau branded person. tak salah jadi mana-mana ketegori lelaki pun asal kita tak berhutang, mencuri atau mengikis harta mana-mana wanita muda atau yang kertu (tua) ada beberapa jenis kasut yang perlu kita tahu dan gayakan. kasut ni kena pilih ikut cita rasa dan style kita, biar kita selalu in dengan fesyen dan jangan jadi mangsa fesyen.
1. dress shoes
dress shoes ni untuk acara formal atau ke pejabat yang sesuai, tapi kena ikut juga kerja apa, kalau budak hantar surat yang pakai nampak buruk juga. ni jenis yang i paling tak suka! kat sekolah dulu masa first time bertukar dari kasut jazz potongan tinggi ke kasut ni kawan2 kata i macam anak penguin yang baru belajar bejalan. sebab rasa tak selesa sangat, tambah2 bila ada sorang ustaz tu pakai kasut sama macam i, adoi rasa macam kena sumpahan saja. tapi kan, sebab cutting dress shoes nowday yang agak tajam didepan, petak, ada yang siap petak terangkat lagi,(kalau terajang orang tak taulah) pakai dengan skinny pun masyuk jugak, nampak mature and in the same time nampak macam berduit aja, he3. ada macam2 colour sekarang, pilih ja, tapi i tak suka style ni! :p
2. casual shoes
![]() | |||
sneakers |
ketegori ke-2 casual shoes, yang ni untuk acara yang tak formal sangat macam party, club sebab tak kan nak pakai sliper jepun pulak kan? atau keluar jalan2. i memang suka sneakers sangat2. i ada 13 pasang sneaker. memang nafsu nak beli sneakers besar sangat. kat kolej tu i lah yang paling banyak kumpul sneaker taw sebab kat penang ni memang murah, pergi ja pasific di tepi hotel ixora kat butterwoth tu, sneakers boleh beli dengan harga rm35 saja! tak percaya cuba pergi berbanding dengan city plaza kat kedah tu. kalu sneakers ni pakai dengan skinny, straight jeans atau carrot jeans pun masuk sangat. ada style simple kalau pakai v-neck shirt, tambah straight jeans,tambah pula sneakers putih, dan sedikit aksesori sampingan macam cermin mata hitam atau hat memang in!
![]() | ||||
loafers |
loafers jugak salah satu kasut casual shoe. fungsinya sama. cara gayakannya sama dengan sneakers tadi, cuma kasut jenis ini lebih ringkas atau memang padan dengan orang yang jenis simple, just pakai pakaian simple macam shirt pendek dengan jeans yang straight cut dah ok. simple dan nampak kemas. loafers ni macam dress shoes tapi di design untuk nampak sempurna pada hari-hari yang biasa bermaksud untuk harian
![]() | |
moccasins |
moccasins juga adalah kasut terakhir yang berada dalam ketegori casual shoe. sekarang kasut jenis ni dah mula jadi panas dalam pasaran, i ada 2 kasut jenis ni. kalau korang nak tau kasut jenis ni ada 2 jenis, yang pertama dibuat dari kain yang ringan dan lembut dan yang lagi satu dari item yang agak keras. ada jenis yang 1 warna saja dan ada juga yang ada campuran warna macam maroon disisi, bahagian atas merah dan talinya bewarna hijau apple. yang ni kalau dipadankan dengan skinny pendek atau dikenali skinny 3 suku kat sini (paras bawah lutut) atau kita gayakan dengan skinny tapi lipat sikit seluar tu paras bawah lutut, lepas tu pakai coat atau blazer dengan baju kemeja kat dalam memang in sangat, atau pakai t-shirt atau body shirt dengan seluar style sama di atas tambah hat memang stylo, ada pulak cermin mata putih bingkai besar
3. athletic/sport shoes
![]() | |||
running |
memang adat barang di cipta sesuai dengan masa, tempat dan kejadian yang sesuai. ramai budak usm yang pakai kasut ni pi kelas, ada kes? tak padan lansung, tapi kalau mai kelas lewat tu pakai kasut ni fahamlah semua yang dia datang lambat sebab tertinggal bus, jadi kena mendaki bukit, turun bukit, lalu lemabah dan macam2 sebelum sampai kelas, LOL. kalau sport shoes i memang minat colour2 macam gambar tu, yang i punya shoes pun memang colour macam tu, elok sangat lagi sebab setahun pakai 2 atau 3 kali saja sebab tertinggal bus lah, tu yang i taw tu sal cita kat atas tadi. yang ni untuk sukan dan majulah sukan untuk malaysia!
![]() | ||
basketball shoes |
sama jugak fungsinya untuk main basketball, tapi sume sebab i highlight kasut ni adalah, kasut basketball sumber inspirasi kepada penciptaan kasut high cut yang dipakai justin biber tu, pas tu meletop kat dunia taw. i tak da kasut ni, tapi adik lelaki i ada. i rasa macam robot bila pakai kasut ni dan macam kasut plastik phua chu kang yang di ubah suai aja jadi skinny. LOL
![]() | |||
kasut bola |
tuan-tuan dan puan-puan kasut bola untuk main bola ok, jangan pakai pi kuliah... macam-macam lagi kasut dalam ketegori ni macam kasut golf, futsal, bowling dan sliper atau sandal bukan dalam ketegori kasut, tq LOL
by :
by :


best!
ReplyDelete