hey all. i memang totaly grow with all disney character, their tv series and their movies. yang ni mesti ramai yang kenal. bintang camp rock, joe dari jonas brother, sebaya i umur dia, he also grow well men, dari semua aspek, sekarang dah gerak solo, music video solo dia, amazing dah hot, tak sesuai untuk under 18 teen. macam biasa kebanyakan bintang disney memang akan boom! sama juga dengan joe masa dalam group dengan sibling dia dulu dan sekarang juga, fesyen yang dia pakai memang simple, up to date dan senang ikutlah, dan yang paling best ni dia berani, tapi masih nampak macho dan maskulin, sikap berani tu yang buat fesyen dia style abis, cara mix and match colour dan detailing pakaian serta pemilihan warna, tapi kita tengok fesyen atau style baru keh, bukan yang masa dia zaman budak-budak dulu
gambar kat atas ni yang first sekali i nampak teros suka, simple but yet nampak sangat profesional, clean dan stylo. ni masa joe MTV's consert. sebenarnya kot yang dipakai joe ni satu layer saja, sekarang kalau kita perasan memang banyak baju yang one piece saja tapi nampak macam two piece , baju-baju ni memang amat praktikal sebab kita tak payah susah-susah sangat nak mix and match sebab telahpun siap di matchkan sejak azali, LOL, kot ni dia padankan dengan tshirt biasa di dalam (singlet pun ok yang berlengan), tapi kot yang joe pakai style abis, nampak biasa tapi detailing dia amazing, ini tip penting, tak salah lelaki pakai pakaian yang glitter tapi biar minimum supaya maskulin tu tak hilang. paling best pants putih tu, ramai yang takut nak pakai seluar warna putih, ada dua sebab, yang pertama takut kotor, yang kedua takut dipanggil atau di cop gay, ada pulak yang pikir macam tu, kolot gila. bagi i pakai pants putih sekali sekala nampak menarik dan smart jugak, sebab aura warna putih tu sendiri dah nampak smart, clean dan luar dari kebiasaan, tapi dengan pilihan pakaian macam ni nampak boring juga, try add on rantai labuh ala tentera punya id atau cincin silver yang berbentuk bilah rotan, atau yang paling senang cincin atau gelang tangan berwarna gangsa (bronze) memang nampak terbaik!
mesti dah ramai yang perasakan? cantik cara dia matchkan warna, bagi lelaki warna merah terang jangan sekali-kali fikir nak pakai, kalau silap match abis rosak! macam contoh kat atas warna merah yang joe guna ni dalam ketegori magenta, tak salah i, tapi sekarang dah banyak warna merah yang telah di hasilkan macam contoh magenta tadi, ada bolywood red dan macam-macam lagi, yang ni masa foundation polo challenge sebab tu dia pilih cardigan polo dan t-shirt berkolar polo, kardigan selalu selebriti lain matchkan dengan singlet atau body shirt kan? sekali sekala matchkan dengan t-shirt berkolar style juga. yang kedua best adalah warna tadi di padankan dengan warna coklat, untuk pengetahuan semua, warna coklat telah di beri nama 'the new black' oleh desinger barat. sebab? warna coklat juga mampu mengangkat aura lelaki dan ada kelainan serta ada banyak pilihan, jadi kena start beli pants coklat pula lepas ni, dipadankan dengan sepatu coklat tua, nampak kontra sagat pakaian dia, semua brand dan cutting penting dapat jeo tonjolkan sebab kejayaan match untuk outfit ni. cubalah
kalau bagi yang betul-betul admire joe ni pasti tau yang dia dari dulu sampai sekarang memang suka pakai jeans. dua gaya yang di atas tadi tu adalah sisihan atau gaya sampingan retorik dunia seni tv dan musik ini, apa yang best tentang tentang gaya dia tampil ke tayangan perdana 'sucker punch' ni adalah baju yang dia gayakan dengan kot tu. untuk pengetahuan semua, baju style tu adalah fesyen k-pop dan memang banyak dalam internet tu, i ada satu, harga rm70 warna biru tua, macam biasa korang di galakkan beli di fb morris colection, dan jujur i tak ada kena mengena dengan pemilik atau kedai itu secara lansung atau tak, cuma servis dia bagus. ok dah sal tu, tapi selalu baju ni di gayakan dengan skinny jeans atau skinny pants serta di padankan dengan boats tinggi k-pop, tapi dengan confident nya jeo pakai baju ni dengan seluar jeans straight cut dan menarik, ditambah dengan kot dan kasut yang semi-hight cut he's rock, nampak funky sangat. smart doh!
fesyen jeans, TOTALLY! ok macam yang telah dinyatakan kat atas dia memang suka jeans, jacket jeans, susah nak tengok orang pakai sekarang, tapi kadang-kadang style juga, cuma pilih cutting yang betul, macam jeo pakai, fit ja, jangan pula pakai yang besar dan mengelebeh macam zaman-zaman zamani muda-mudi dulu, t-shirt biasa kat dalam, sneakers dan kalau perasan jeans tu ada poket kat tepi, memang berani abis, i mungkin 200% tak pakai kot, sebab tak nampak lagi orang malaysia pakai dan mungkin sebab pendatang asing suka pakai kot... LOL. nanti nampak macam datang sekapal pula kan
simple tapi stylo. jeans pendek dengan detailing ala-ala dilipat tu style abis, yang paling i suka tentang gaya ni adalah kasut tu, nama kasut tu moccasins. kalau ditambah bengan pemaikaian cap lagi nampak hebat. tambah gelang hitam dalam tiga atau empat urat, atau pakai gelang tebal dengan banyak button, lagi smart, tak nampak boring sangat. flat shoes jenis moccasins amat selesa dan lebut, korang klick sini untuk tahu tentang kasut tu ok klik sini . gaya ni memang senanglah, ganti saja seluar jeans tu dengan skinny paras betis, pakai kasut yang serupa dan baju yang sama, dah dapat gaya yang kedua, berbeza secara keseluruhannya
gaya terakhir, hemm kita boleh tengok betapa menonjolnya jeo dalam gambar ni. ni mereka semua di 'fesyen week festival' memakai warna hitam adalah biasa, tapi jujurnya pemilihan warna hitam dengan fabrik yang berkilat berjaya menenggelamkan zack efron dan kellen lutz totaly. jeo memang berani dan ini adalah satu bukti yang berani dalam mencuba fesyen itu bagus, selalunya dalam majlis-majlis begini pakaian dari rona selain hitam wajib nampak menyerlah sebab cuma minority yang memakai rona ni tapi jeo berjaya menempis itu, dasyat! buat kali pertama dia nampak matang, macho dan profesioanal secara semulajadi, jauh dari imej rocker yang dibayangi jeans dan kasut semi-hight cut dia.
ok, sampai sini saja, apa yang best tentang jeo jonas brother ni dia berani mix and match pakaian yang pelbagai cara dan gaya menjadi satu, dan ia menjadi, amat funky dan rock! dulu masa dia muda-muda pakaian dia amat save. tapi sekarang lebih complicated dan sukar di jangka, untuk yang extream tentang style, gaya jeo mesti menjadi pilihan!
by :


superb~
ReplyDelete