selamat t/hari, post untuk leap yaer ni, best! ramai lelaki kat luar sana bahkan wanita yang tak tahu jenis2 jam tangan dan ke mana ia sesuai dibawa. tapi ia bukan satu kesalahan kerana jam tangan cuma pelengkap gaya bagi sesetengah orang tapi merupakan suatu yang penting pula bagi sesetengah orang, kalau perasan cuba lihat ada ramai di luar sana sanggup berhabis rm sebab beli jam mahal, tapi kalau korang rasa macam tak penting harga,jenama dan tempat untuk dibawa tak pa cuma ambil ja sebagai ilmu, mana tahu dapat membantu mengurangkan kita dari jadi perak atau jakun bila ada orang berbincang pasal jam...
1. luxury watch
jam kat atas tu dalam ketegori 'luxury' means mewahlahkan, selalunya kalau ketegori ni mestilah untuk majlis2 besar dan untuk mereka yang selalu dapat perhatian macam bintang filem atau lain2lah...kalau dalam majlis anugerah besar macam oscar atau golden globe kita dapat tengok selebriti memakai jam yang lebih traditional, tak banyak perincian supaya nampak maskulin dan padan dengan suit atau tuxido yang diaorang kenakan tapi kalau untuk grammy atau mtv award pulak penyayi rap lelaki akan memakai jam tangan yang tentunya mahal dan ada banyak diamond, hal ni kerana persepsi mereka, bagi actor mereka perlu tampil 'mahal' tetapi ada class dan tampak hebat namun bagi artis rap atau rapper ia menunjukkan status mereka dan itu adalah style rapper itu sendiri. mahalnya jam tu tentunya dari pembuatan jam itu sendiri, kebanyakkan jam mahal menggunakan meterial seperti kulit sebagai tali, platinum atau emas dengan perincian berlian dan muka jam tersebut juga menggunakan bahan berkualiti lagi bermutu tinggi, dalam kebanyakkannya komponen jam tu dipasang dengan tangan sendiri. dasyatkan!
2. jam kasual
jam kasual mudah ja, yang kita pakai masa kita gi jalan-jalan atau hang out dengan kawan-kawan kita, nak beli jam ni mudah aja, bagi yang penting kualiti cari lah yang tahan lasak sikit dan waterproof pada pendapat i, penting sangat sebab kita nak pakai lama jam jenis ni lama dan tentunya pada banyak tempat, personally i memang minat jam yang muka besar dan kalu kita tengok gilr sekarang juga dah mula minat dengan jam yang berbuka besar, bagi i jam yang bermuka besar ni 'ada kuasa' sebab dia bagi kita nampak tak boring, berani dan in the same time jadi aksesori jugak, untuk pemalas macam i memang oklah! ha3, kalau sapa-sapa yang tak pentingkan kualiti cari ja yang nampak agak mahal dan harga murah, rosak buang ja. bagus jugak kalau orang jenis macam ni sebab kalau bergambar boleh nampak fashionable sebab jam tukar-tukar dan boleh dapat banyak collection jugak serta terpenting skali boleh dapat banyak! bijak kan?
3.dressy watch
bahasa lain adalah jam pakai pi kerja. selalunya jam jenis ni menggunakan steel sebagai bracelet band sebab unsur steel tu sendiri bagi pemakainya nampak profesional sesuai dengan imej koperat. dah memang warna yang amat sesuai untuk dibawa ke pejabat adalah siver macam di atas, untuk yang berani boleh try silver yang di warnakan dengan warna hitam atau putih yang banyak di pasaran sekarang tetapi untuk ke pejabat lebih sesuai warna silver . hal ini kerana warna seluar lelaki lazimnya hitam jadi silver match well dengan hitam dan juga warna lain seperti kelabu, hitam ok tapi dengan keadaan seluar yang hitam juga, kain kebanyakkan warna yang agak berkilat, korang nampak bosan dan jenis yang agak malas nanti. tambah-tambah kalau pakai pulak kot, jam silver mesti akan menonjol punya!
4. sport watch
g-soft, trend gila sekarang, ada macam-macam warna dan gaya, kalau g tesco nampak meriah ja tangan semua orang kan, macam ari raya sebab banyak gila warnanya! itu antara sport watch, nama pun sport watch mestilah kegunaannya untuk lari di padang atau atas jalan dengan senagaja dan bukan paksaan dari mana-mana pihak atau terlibat dengan apa-apa rusuhan atau kebakaran tak lupa juga tanah runtuh atau bencana. kalau nak cari jam ni untuk mereka yang mampu dan nak sangat tu kena demand sikit, banyak sebenarnya contohnya meterial yang buat talinya jangan pilih bahan yang mudah putus taw sebab getah tali tu (material tali sport watch dari getah) pun ada kualitinya, tambah-tambah kalau korang berbasikal dalam utan ke atau apa-apa sukan lasaklah. cari yang tahan lasak dan material tali tu warna hitam, ini amat digalakkan supaya cepat peluh korang kering, selalunya jam jenis ni memang waterprof. klau jenis ni pula lain dari yang atas, pilih ja warna apa yang suka, its ok.
5. fashion watch
fashion watch ni untuk mereka-mereka yang stylo dan branded lahkan, apa bezanya dengan casual watch adalah cutting dia lebih berani dan unik dan dibawa ke majlis-majils tertentu untuk kitalah kan, nak pakai yang luxury memang tak lah! mana nak cekau duit, so jam jenis ni is the other option for a middle class people lah bila nak pergi dinner, tea party, clubbing atau mana-mana supaya match dengan baju, nampaklah ada class sikit, tak lah nampak sama ja tak kira siang malam, dan mungkin bagi sesetengah orang jam dari jenis ni tak penting tapi bagi yang amat pentingkan penampilah mereka bole attend apa-apa party atau majlis tanpa apa-apa aksesori sampingan pun, just pakai jam yang ada shape atau cutting yang superb dah dapat angkat imej diaorang tau!
bagi yang kedekut dan tak minat fesyen tak pa, bukan salah korang dan korang tak da salah silap pun yang nak dikata atau di maafkan, semua terpulang pada diri sendiri.
by :

