Monday, March 5, 2012

5 jenis beg lelaki

hari ni kita akan tengok2 fesyen beg untuk lelaki, ramai di luar sana yang macam takut nak bawa beg, mungkin juga bukan budaya kita! kot lah kan, di usm sendiri semua male student luar selalu bawa beg ke sana, ke sini tapi bagi male student kita ada juga yang lenggang-kangkung ja, just chinese male mijoriti yang bawa beg. entah apa yang dibebankan, sampai laptop pun sanggup tu pegang, kalau i, memang tak lah! pada zahirnya memamg dasyat beg i, tapi batinnya, penuh pen yang berterabur, mana gula-gula lagi, minyak wangi (yelah jalan kaki, kena ada sebab berpeluh ja) tiket bus dan pelbagai lagilah, tapi ok lah dari semakkan katil dan meja study, kot! LOL, mana yang tak suka tengok tu, sumbat ja dalam beg


1. newboy bag

kalau bagi peminat fesyen mesti tahu topi newboy kan? yang tak tahu pulak topi newboy tu macam yang pemain golf pakai tu, ni lah evolusi fesyen newboy, beg newboy. beg jenis ni memang vintage sangat sebab dah ada dari zaman dulu, dalam cerita titanic ada kalau korang perasan tapi masa zaman dulu-dulu beg jenis ni dibuat tempat letak surat tapi jenis beg ni berevolusi dan nampak memang less formal, nampak season ja, maskulin dan ada aura untuk nampak menonjol, amat savvy serta knapsack. dulu masa i form 4 and form 5 beg jenis ni memang popular abis kat sekolah, beg jenis ni di buat dari kanvas. untuk student memang ok sangat. 

pakaian sesuai : pakaian gi kuliah. memamg flexible beg ni, nak match pun tak susah.


2. tote


tote adalah evolusi baru untuk briefcase sebenarnya. kebanyakkan tote ada ciri-ciri klasik terutama pada bahagian pemegang tu dan tapi panjang pula bagi beg jenis ni ada ciri-ciri kontemporari sikit. selalunya meterial yang di gunakan untuk beg jenis ni adalah kulit lembut atau bahan-bahan lain yang bagi beg ni nampak ada stuktur  ringan pada permukaan. beg ni bagi pemakai nampak kasual but yet nampak profesional, beg ni sesuai untuk mereka yang kerja dalam bidang profesional but yet bidang tugas dia kasual macam wartawan, peramugara atau lain-lain, i ada satu bag ni. beli di sunshine dengan harga rm50 ja. pakai jarang gila

pakaian sesuai : baju kasual-business 

3. camera bag

kalau korang orang malaysia, mesti pernah tengok beg ni, ramai lelaki pakai terutama mat rempit dan pak cik-pak cik pasar malam, tapi yang mat rempit dan remaja pakai tu rock lah sikit style dia. sebenarnya camera beg ni pun adalah evolusi jugak, evolusi daripada messenger bag. tapi dalam versi kecil. kalau kena gaya nampak stylish jugak pakai beg ni, beg ni simple dan amat praltikal, banyak barang penting dapat sumbat, fabrik beg ni pun dari pelbagai dan kalau perasan brand-brand barangan sukan pun dah keluarkan beg jenis ni, mingkin senang kot, ye jugak kan kalau gi jogging tu tak lah berat poket seluar, dapat simpan phones dll

pakaian sesuai : leisure wear


4. holdall

beg ni namanya holdall, beg untuk travel cuma fesyen beg ni tak besar sangat. sesuai untuk pergi dalam masa singkat, evolusi dari travel bags, dari beg yang besar, hodoh dan tak menarik kepada sesuatu yang sleek, menarik dan maskulin. beg ni juga ada macam-macam looks tau, macam gambar ni very klasik tapi ada banyak juga yang bercirikan moden, sporty dan lain-lain, ikut kepada cita rasa semua. makin popular beg ni, artis lelaki antarabangsa selaulu gunakan beg ni. kalau nak pakai ke mall pun rasa dah tak janggal sebab banyak ja i tengok

pakaian sesuai : casual dan business trip


5. messenger bag

beg ni juga berevolusi dari fesyen lama kepada urban, macam newboy bag juga, beg jenis ni dah lama wujud. student banyak guna beg nenis ni termasuk i. nampak menarik dan senang sebenarnya. meterial pelbagai. dan jenama-jenama fesyen besar seperti lv dan gucci pun memang wajib keluarkan beg jenis ni untuk semua pentas peragaan pada setiap musim. rasa i beg jenis ni memang popular sangat

pakaian sesuai : casual

ok, lepas ni bila pergi kedai beg, kita dah tau apa jenis beg yang kita nak cari...

by :

button-di.html#ixzz1pjjyrpTA

Comments

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
There are no comments posted yet. Be the first one!

Post a new comment

Comments by