morning all, lama rasanya tangan tidak menaip, rasanya sudah tiba masa untuk saya mengulas tentang gaya artis atau selebriti asia pula, artis pilihan i adalah rain, i jujur bukan peminat rain tapi ada dua drama lakonan rain yang memang i ikuti dari mula sampai habis, dan dua-dua drama itu ada memorynya sendiri, satu semasa i di bangku sekolah lagi, tingkatan 4 dan satu lagi memory semasa i ambil degree, tinggal di rumah sewa, kalau di bangku sekolah tu mesti datang sekolah cerita-cerita, dan semasa taking degree pula semua penghuni rumah akan berkumpul ramai-ramai da tengok sama-sama...
dalam segi gaya rain memang ada satu citarasa yang unik. dia berani menonjolkan sikap dan fesyen sebenar seorang lelaki metroseksual, dari penampilan, sikap dan tentunya pemilihan style fesyen dia. rain ni memang ramai sangat-sangat wanita yang minat dia, untung kan? sampai bukan dalam negara dia saja tau, cemburu i! LOL serta banyak betul pengiktirafan yang rain dapat dari dalam negara dia juga luar
gaya pertama yang i pilih, sebab gambar ni di ulas untuk yang pertama adalah sebab senang follow, macam pernah i nyatakan dulu, pants kelabu memang akan jadi popular, tengok saja bagaimana mr. rain kita gayakan, simple tapi nampak menyerlah kan? padankan dengan baju putih dan balzer hitam, nampak blend dan stylo... biola dah semua seimbang aksesori pun kena minimum saja sebab dah nampak sempurna kan? try yang ni ok guys
gaya kedua yang i pilih nampak ranggi sikit, ada unsur rock juga. ok rain padankan outfit kali ni dengan amat simple, singlet, skinny jeans dengan sepatu hitam muncung tirus, tapi aksesori tambahan yang digayakan dengan pakaian ni yang jadikan pakaian ni nampak rock dan dasyat, ada belt kat situ dengan pilihan kepala belt yang besar, ramtai labuh di pinggang, sebenarnya pada awal fesyen rambu-ramba rantai tu dicipta, ia adalah untuk kanak-kanak hang pada wallet mereka supaya tak jatuh atau di curi tapi banyak rapper guna fesyen tersebut dan jadi trend. rain tambah supaya nampak padat dengan snow cap serta cermin mata dan rantai
smart kan, ok kain jenis di atas sebenarnya tidak menjadi kebiasaan untuk kita jadikan suit, even artis barat pun tak pernah menggunakan fabrik tu untuk dijadikan suit tapi itulah beraninya rain serta menyerlahkan sifat metrosesual nya sebab kalau korang perasan fabrik ni banyak ja women jadikan dress yang sexy2, tapi di adaptasikan rain kepada satu suit yang juga nampak sexy pada lelaki sebab dia pun sasa, cuba i pakai... nampak sedih ja! untuk pemilihan kemeja rain pilih putih dengan tie merah. tiada apa yang nak diperkatakan tentang itu sebab pekara paling asas dalam fesyen juga adalah merah,putih dan hitam akan matching bersama. tapi dalam kes lain korang kalau nak try something different cubalah match kan dengan tie warna biru kain satin atau pink tua, nampak lagi style
gaya ke empat, yang ni adalah gambar masa rain sertai satu kempen fesyen dalam satu magazine. ada dua gaya sebenarnya ok, yang berbeza cuma jacket serta sneakers. satu dengan jacket coklat tua dengan sneakers hitam dan satu lagi jacket yang memang semua tahu i comfirm sebab pattern ni tak kira kat mana pun dalam dunia ni memang tengah in, dengan kasut coklat, yang outfit lain sama saja. tapi apa yang ingin i nyatakan dalam gambar ini adalah sedikit perubahan pun mampu untuk menukar penampilan kita secara total sebenarnya. nampak berbeza kan? next time kalau u all ada double date buat saja macam ni, tukar jacket, sebab tu i ada 3 jacket macam ni, senang sebab i ni pemalas sikit tapi nak jugak bergaya, ha3...
i memang suka gaya ni, untuk gaya ke lima i pilih yang ni dan yang terbaik i rasa, sekarang memang jadi trend jacket seperti ini, nampak amat format tapi di inovasi menjadi casual pula, senang saja cuma gayakan dengan body shirt di dalam, i ada satu, warna merah hitam, jujur jarang guna tapi i know that one special time i need it, kadang-kala pakaian yang kita beli tak semestinya digunakan sekarang, i masih ingat satu baju purple tua yang i beli , di simpan dalam almari for 2 years, i pakai masa cousin i kawin, sebab kena dengan tema serta colour for family... rain gayakan dengan belt muka besar dan skinny jeans...kasut pula but potongan tinggi...sebab semuanya nampak macam suram, satu napkin merah diselitkan pada jacket. perfect!
gaya terakhir yang i pilih, just nak highlight pada pans yang rain pakai tu, item lain normal bagi i, pants ni kalau kita tengok remaja berbangsa cina memang suka pakai dari i sekolah dulu, sekali kita tengok macam tak stylo ka tapi kalau korang nak tahu, pants jenis ni pun ada banyak pattern tau, i juga minat, kalau kena gaya memang stylo, cubalah sebab rain dah buktikan siap padankan dengan jacket lagi, untuk jacket pula, bagi i normal bagi lelaki tapi yang buat kita berbeza adalah cara dan kreativiti kita memilih sesuatu jacket tu. ada orang suka simple saja, tapi bagi lelaki yang macam rain, mereka lebih suka motif yang lebih berani dan dasyat. cubalah...
ok itu saja untuk kali ni, rain sekarang tengah menjalani sesi ketenteraan, jadi buat satu tempoh masa tak ada lah buah tangan dari pelakon pujaan asia ni, tapi apa yang penting kalau korang search picture rain di google korang pasti dapat lihat betapa sexynya rain ni di mata perempuan, dia pandai ya tarik minat perempuan pada dia. itu satu kelebihan rain, ok guys, selamat follow style rain ji hoon
by :

rain memang hot arr
ReplyDeletealwayz hotz
ReplyDeleteterbaik :)
ReplyDelete