Tuesday, April 17, 2012

titanic

hai semua, post kali ini teramat istimewa sebab i sendiri tidak sangkan akan menulisnya, i masih ingat dengan jelas masa darjah empat, i menonton filem titanic lebih dari 10 kali, cintanya terlalu agung untuk kanak-kanak seusia i untuk mengerti, tapi i setiasa berbeza... bayangkan love bite pertama di usia 15 tahun dan cinta pertama pada usia 12 tahun, i terlalu matang dan mungkin sekali tahap pemikiran setanding dengan kanak-kanak zaman ini

kemarin adalah sambutan seabad kapal itu karam dalam perjalanan southamton, UK ke New York City...walaupun seabad namun masih banyak tinggalan sejarah yang menunggu di dasar lautan, atau lebih tepat pada perut kapal gergasi itu untuk di angkat ke permukaan lautan sebelum bercerita kepada umum tentang peristiwa besar itu, wah! ayat tu, sebab tu ramai awek tumpas, LOL! tapi jujurnya i memang penggemar sejarah titanic ya, ini foto di bawah ini adalah kesan peninggalan titanic yang di lelongkan ya...
u jump, i jump!!

1.
menu

gambar di atas adalah menu yang di hidangkan di atas titanic, yang penting adalah asli, jom kita tengok benda apa yang boleh diaorang cekik a.k.a melantak a.k.a makan kat atas tu... x nampak? biar betul korang, try guna teropong di bawah, LOL
-antaranya ayam kembiri surrey, lidah lembu, daging batang pinang dengan lobak kuda

2.
bracelet
gelang tangan. yang pastinya diperbuat dari emas dan ukiran 'amy' menggunakan berlian. design macam ini sekarang pun banyak cuma tak sangka masa zaman dulu pun sudah ada... amazing 

3.
perfume
minyak wangi, dan fakta yang menariknya, ada di antaranya masih mempuyai bau bunga ros, dasyat betul, seabad di lautan, memang betul-betul berkualiti kan? titanic belayar pada tahun 1912...jadi tidak mustahil minyak wangi ini dihasilakan lebih awal... amazing!

4.
playing card
faktanya sebelum kat ini di jumpai, dia berehat jauh pada dasar 2.5 miles dalam lautan atlantik, lama ye dia tunggu untuk orang pegang dia balik, dalam filem titanic banyak adegan yang kita dapat lihat diaorang main daun terup ni

5.
sheet music
musik sentiasa best friend i, pada muka surat yang di jumpai ada tertera lagu "put your arms around me honey"  terbayang dalam fikiran keadaan masa tu, muzik berkumandang dan di mainkan oleh doomed musicians...hu3

6. 
pocket watch

banyak sebenarnya pocket watch yang di jumpai di titanic, yang ni salah satu, fakta menarik masa terhenti pada 9.45, korang pun dapat lihat dengan jelaskan, tapi tidak dapat dipastikan am atau pm, tapi ramai yang percaya pm...

7. 
original ticket

yang terakhir dan yang terpenting, sejarahnya... fakta, ticket 1st class titanic... i tidak mahu mengulas panjang tentang gambar ini, tapi rasa terlalu kagum dan bayangan yang 2,200 penumpang memegang ticket masing-masing tidak kiralah kelas mana pun mereka pada masa itu...


r.i.p kepada semua penumpang, kita tidak akan maju jika melupakan sejarah, titanic juga adalah salah satu bukti keangkuhan manusia yang kemudiannya mengorbankan manusia lain, tipulah jika tiada cinta yang berputik di atas titanic, tiada kecewa yang di bawa naik ke atas kapal besar itu, tiada impian yang ingin dikejar dan tiada air mata semasa tahu ramai yang akan pergi, faktanya hanya 700 yang terselamat dari 2200 penumpang

titanic poscard

by :

button-di.html#ixzz1pjjyrpTA

Comments

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
There are no comments posted yet. Be the first one!

Post a new comment

Comments by